Cara kira BMI

cara kira bmi image

Sape biasa dengar pasal BMI dan tahu cara kira BMI?

Kepada yang tak pernah dengar BMI, BMI ni dalam bahasa melayu merujuk kepada Indeks Jisim tubuh ( Body Mass Index).

BMI adalah ukuran yang digunakan untuk menilai berat badan kita ni sepadan ke tidak dengan ketinggian kita. Macam mana nak tahu cara kira BMI ni ?

Cara kira BMI, BMI = berat badan (kg) / ( tinggi x tinggi ) (meter)

ok dah dapat jumlah kiraan macam mana nak tahu ok ke x BMI ni? kita refer dkt gambar di bawah

klasifikasi bmi image
klasifikasi BMI yang biasa digunakan

Jadi bila kita dah tahu kita punya BMI ni dekat klasifikasi mana satu barulah kita boleh plan samada nak turunkan berat badan, maintain atau kena naikkan.

Kepada ladies – ladies yang dekat luar sana kalau boleh janganlah terlalu nak kuruskan berat badan walaupun BMI dah dalam keadaan yang dah ok. Nanti terlalu kurus nanti orang cakap kita tak cukup khasiat. Hum..

.

Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kurang berat badan?

  • Kurang berat badan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah kesihatan.
  • Kurang berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.

.

Bagaimanakah seseorang boleh menambah berat badan dengan cara yang sihat?

  • Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan, iaitu di antara 1 hingga 2 kilogram sebulan. Anda harus mencapai sasaran untuk BMI di antara 18.5 dan 24.9 kg/m2.
  • Kawal berat badan anda secara sihat:
  • .
    • Amal makan secara sihat, dengan memilih dan memakan pelbagai jenis makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
    • Pastikan anda makan mengikut waktu makan yang tetap.
    • Rancang lebih awal untuk hidangan yang lebih. Untuk menambah berat badan, anda mungkin perlu makan makanan yang berkhasiat lebih dari biasa
    • Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang padat dengan nutrien bagi menambah kalori, vitamin dan mineral.
    • Tentukan keperluan tenaga anda. Anda perlu pastikan tahap aktiviti fizikal anda untuk memastikan keperluan tenaga.

.

Bilakah seseorang itu dianggap sebagai mempunyai berlebihan berat badan?

Anda adalah berlebihan berat badan jika BMI anda adalah 25 hingga kurang dari 30 kg/m². Jika BMI anda adalah 30 atau lebih, anda adalah obes.

.

Bagaimana seseorang itu boleh menurunkan berat badan mereka?

  • Tetapkan sasaran yang realistik untuk menurunkan setengah kilogram berat badan dalam seminggu.
  • Pastikan keperluan tenaga anda.
  • Timbang berat badan anda sekali seminggu, sebaik- baiknya sebelum makan.
  • Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
  • Jangan sekali-kali menyekat diri untuk tidak makan atau mengehadkan kalori jika anda sangat lapar. Jika anda berbuat demikian, anda selalunya akan makan mengikut nafsu selepas itu.
  • Buat beberapa modifikasi dalam diet anda.
  • Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega,krim, daging yang berlemak, sos salad, kek dan pastri.
  • Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca. Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang sekurang-kurangnya 60 minit, lima hingga enam hari seminggu.
  • Jumpa doktor untuk mengenal pasti dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal yang berkaitan yang boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.
  • Jumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda.
  • Dapatkan sistem sokongan. Rakan-rakan adalah kumpulan sokongan yang bagus.

Sekarang kita boleh ke topik seterusnya

–> exercise untuk beginner <–

selamat mencuba, bye

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Related articles

MAMA CANTEK

Blogger, Content Creator

Empowering woman with the right knowledge and skill for a better life

Recommended
Sponsored contents