Sebagai seorang wanita, kita perlu tahu apa ciri-ciri suami setia yang sayang pada isterinya. Lelaki ni kebanyakannya tidak mempunyai sifat romantik menyebabkan kadang-kadang isteri tak tahu perasaan suami tersebut selepas berkahwin.
Jadi untuk kita tahu suami sayang kepada isteri atau tidak boleh lihat pada ciri-ciri di bawah
1. Ciri-ciri suami setia kena bertanggungjawab
Ciri-ciri suami setia yang sayang akan isterinya akan bertanggungjwab untuk menyediakan tempat tinggal, baju, duit nafkah bergantung kepada kemampuan suami dan nafkah batin. Seorang suami tidak akan merungut jika keluar mencari rezeki sebelum keluar matahari dan balik pada waktu malam demi mencari rezeki untuk keluarga. Bersyukurlah kerana lelaki seperti ini agak susah untuk dijumpai dan Sis bertuah kalau mendapat suami seperti ini.
Suami yang bertanggungjawab juga akan sentiasa mengambil tahu keadaan ibu dan ayahnya jika masih ada dan menjaga adab dan percakapan didalam keluarga.
2. Ciri-ciri suami setia mampu mengawal emosi dan perasaan marah
Suami yang sayang pada isteri biasanya tidak akan meninggikan suara dengan isteri tanpa sebab dan kerap marah-marah di rumah. Ciri-ciri suami setia yang hebat biasanya tidak akan kelihatan tertekan walaupun mungkin terdapat banyak masalah di tempat kerja sebab tahu mengawal emosi tidak mahu merisaukan isteri tersayang.
3. Ciri-ciri suami setia kurang lepak bersama kawan-kawan di luar
Suami yang sayang pada isteri akan lebih banyak menghabiskan masa di rumah selepas waktu bekerja dan bermain dengan anak-anak sebab tahu keluarga adalah lebih penting dari menghabiskan masa di luar. Pada hujung minggu akan bawa anak – anak keluar bersiar-siar samada ke taman rekreasi atau window shopping di mall untuk spend quality time bersama keluarga.
4. Tidak membandingkan isteri dengan orang lain
Suami yang penyayang tidak akan pernah membandingkan diri isteri dengan orang lain dan akan terima seadanya. Dia tidak akan bercakap seperti berikut
1- “Kenapa awak ni tak leh kurus macam janda rumah sebelah ?”
2- “Belajar lah mekap biar nampak cantik sikit”
3- “Kenapa masakan awak tak sedap sangat ni”
Sakitnya hati seorang isteri kalau dengar ayat-ayat macam ini dari suami sendiri. Biasanya walaupun kita masak tersalah letak lebih garam pon suami akan makan je dan bila tanya ok tak dia cakap sedap je sebab dia tahu penat isteri masak dan tak nak kecikkan hati isteri.
5. Tidak Menceritakan hal rumah tangga dekat orang lain
Kebiasaannya seorang suami tidak akan menceritakan masalah rumah tangga dekat orang lain seperti kawan-kawan atau dalam keluarga sendiri sebab perbalahan itu adalah asam garam dalam rumah tangga. Kalau tak ada bergaduh sikit-sikit nanti sunyilak rumah tangga tu kan hehe..
Tapi kalau boleh perkara yang kecik-kecik janganlah bermasam muka sampai 3-4 hari nanti suami lama-lama akan terlalu stress nanti dia cari lain. Kalau suami buat salah kecik tu esoknya tak perlulah bermasam muka lagi sebab kita kan manusia tidak akan lari dari buat kesilapan.
Kepada isteri yang mempunyai suami bercirikan di atas, tahniah anda mempunyai suami yang hebat. Kepada yang tidak harap bersabar dan cuba kita ubah sesuatu yang mampu menggembirakan suami mana tahu dia boleh berubah.
Sekian, Bye..
ps… klik yang dekat bawah ni kalau