Selain daripada diet seperti Suku – Suku Separuh, terdapat juga sesetengah orang mengamalkan diet Tinggi Lemak Rendah Karbohidrat.
Lemak dan Kolestrol
Untuk tubuh badan kita berfungsi dengan baik, lemak dan kolestrol adalah diperlukan walaupun ada sesetengan orang ckap kita kena kurang makan lemak kalau tidak nanti dapat banyak penyakit. Ini kerana di Malaysia, adalah amat senang untuk dapat makan segera (fast food), makanan terproses, dan makanan bergoreng.
Di Malaysia kalau makanan tak bergoreng tu macam tak lalu nak makan, kena makan jugak makanan bergoreng dalam seharian. Jika kita tengok di negara seperti Korea dan Jepun, mereka kurang kepada makanan bergoreng. Mereka lebih kepada makanan steam dan bakar, sebab itu majoriti mereka berbadan kurus.
Dekat Malaysia terbalik, majoriti berbadan lebih besar dan kurang yang kurus.
Pemakan tinggi lemak
Pemakanan yang tinggi lemak bermaksud dalam setiap pemakanan harian 60 sehingga 70 peratus daripada makanan Berkalori adalah terdiri dari lemak yang sihat. Ini kerana dengan pengambilan karbohidrat dianggap dapat mengurangkan kebolehan badan untuk membakar lemak.
Jadi dengan pengambilan Tinggi Lemak dapat menambahkan kebolehan tubuh badan untuk menjadikan lemak sebagai bahan tenaga.
Lemak dan protein dapat membuatkan kita merasa kekenyangan lebih lama berbanding karbohidrat sahaja. Bila kita kurang merasa lapar, secara tak langsung kita dapat mengurangkan kuantiti makanan dalam seharian.
Tapi orang biasa salah faham bila mengamalkan Diet Tinggi Lemak dengan memakan banyak makanan segera, makanan bergoreng dan daging proses.
Makanan yang dengan nama lain “Fast Food” lebih membawa keburukan berbanding kebaikan sebab tidak mengandungi khasiat yang mencukupi untuk badan sekadar sedap di makan sahaja.
Tinggi Lemak di sini bermaksud makanan seperti avokado, minyak olive, kekacang, peanut butter, ikan, kacang soya dan lain – lain.
Panduan Umum untuk memastikan badan sihat
- Set target untuk meminimumkan pengambilan makanan proses
- Kurangkan pengambilan gula putih
- Makan protein untuk setiap kali makan makanan berat
- Lebihkan buat dan sayuran-sayuran semasa makan makanan berat sebab senang untuk diproses
- Lebihkan makan Lemak Baik seperti kekacang, telur, avocado dan ikan.
.
Tak tahu macam mana nak diet? Boleh klik di link dibawah untuk baca