Diet untuk beginner apa perkara yang perlu tahu sebelum mulakan diet
KURUS
Mende yang biasa bermain di mulut wanita apabila sudah berumah tangga yang mempunyai anak dan wanita yang di ambang perkahwinan.
Mana ada wanita yang nak kelihatan “SIHAT” di hari paling terindah untuk bersama dengan bakal Suami tersayang kan.. Wanita yang sibuk menjaga dan membesarkan anak sehingga diri sendiri terlupa nak jaga, hum…
Sape yang tak nak nampak ramping macam masa muda atau masa bujang, senang nak cari pakaian sebab saiz yang banyak kedai jual.
Ramai orang nak mulakan diet tapi tak tahu macam mana nak mula. Sini mamacantek sediakan nota untuk diet untuk beginner.
Sebelum memulakan diet kena tahu 5 perkara ini :
1- Diet itu untuk kesihatan tubuh badan bukan untuk kurus
MENJAGA KESIHATAN DIRI SUPAYA SIHAT SENTIASA DAN DI JAUHKAN PENYAKIT.
Ini perkara yang paling penting untuk dijadikan matlamat kita sebelum memulakan proses untuk diet. Harga sebuah nikmat mempunyai tubuh yang sihat ni sangat berharga tau.
Bila dah sakit nanti baru lah kita menyesal masa sihat kesihatan tak dijaga. Tapi nasi dah jadi bubur dah tak dapat nak buat pape.. Kena tanggung sakit sampai ari tua.
Orang malaysia ni biasa kena sakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti sebab cara pemakanan kita minum air manis setiap kali lepas makan, fast food, dan kurang bersenam
.
2- Diet perlukan masa untuk nampak hasilnya.
Ada banyak cara untuk turunkan berat badan. Ada sesetengah orang bila nak jalan senang bila nak turunkan berat badan dengan makan ubat kurus.
Bersepah ubat kurus di dalam negara kita, bukak je semua sosial media akan ramai promote berbagai jenis sehingga tak terpilih sebab banyak sangat. Diharap Sis semua bijak dan pastikan kalau nak beli jugak pastikan yang selamat untuk digunakan.
Macam mana nak tahu selamat ke tak ?
Try cari dekat google nama brand tu lepas tu tambah customer review. Biasa akan keluar review customer2 yang pernah beli. Kalau banyak sangat bad review better tak yah beli lah kot nanti menyesal di kemudian hari.
Jika anda ingin melakukan diet tanpa menggunakan produk di pasaran, anda kena faham bahawa proses untuk kurus memerlukan masa yang panjang antara 6 bulan hingga 1 tahun untuk nampak tubuh badan yang lebih cantik.
Jadi Sis jangan give up selepas beberapa minggu diet tapi tak nampak apa-apa perubahan. Just keep going until you achieve it. Caiyok.
.
3- Diet dengan menahan makan sahaja tidak bersenam akan melambat proses untuk turunkan berat badan.
Sis kena faham diet untuk beginner ini adalah mengawal pemakanan kita, supaya jumlah kalori yang diambil itu kurang dari sebelum ini dengan harapan badan kita menggunakan lemak dalam badan apabila kita melakukan aktiviti harian.
Jika kita diet tapi tak buat pape dekat rumah baring je tengok netflix susahlah Sis nak turunkan berat badan.
Jadi cara terbaik untuk turunkan berat badan adalah melalui diet dan bersenam
Bersenam itu dapat mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Kita dah control pemakanan jadi badan kena gunakan lemak dalam badan untuk dijadikan tenaga bila kita bersenam.
.
4- Tempoh masa untuk capai target berat yang mahukan kena realistik
Ramai orang nak turunkan berat badan 10kg dalam masa sebulan lepas tu cuba macam-macam diet dan senaman gila – gila bila tak dapat capai target berat lepas sebulan, give up dan stop.
Lepas tu complain kenapa jemah sebelah rumah boleh turun 10kg lepas sebulan tapi kita tak dapat. Frust kemudian kita makan banyak makin naik berat lagi 10kg dari sebelum ni humm…
Jangan macam ni Sis, progress setiap orang berbeza. Mungkin Jemah tu jenis senang naik berat badan dan senang turun.
Bagi yang baru nak bermula diet untuk beginner untuk menurunkan berat badan akan ambil masa sedikit untuk nampak kesannya sebab badan perlu biasakan diri dengan rutin yang baru.
5- Turunkan lemak dalam badan lebih penting dari turunkan berat badan
Apabila kita diet dan bersenam dah beberapa bulan tapi berat badan kita akan turun sekejap kemudian sama je maka kita ingat kita dah tak boleh turun berat badan lagi. Ini adalah salah pemahaman sebenarnya.
Apabila kita banyak melakukan senaman badan kita akan menguatkan otot dalam badan dan pada masa yang sama akan membakar lemak dalam badan.
Badan kita akan ada penurunan dalam otot apabila kita meningkat usia. Jika kita tidak bersenam secara berterusan, otot kita semakin lemah dan bila dah berusia mulalah kita sakit belakang, lutut, lenguh – lenguh badan.
.
Jadi bila kita dah tahu 5 perkara ini, apa langkah pertama untuk kita mulakan proses menurunkan berat badan yang dengan, teng tedeng…
SET TARGET MUSCLE & FAT PERCENTAGE YANG KITA NAK
Pembaca kena faham ye berat badan tidak berkait rapat dengan kesihatan diri. Berat badan yang rendah tak menggambarkan kita ni sihat, tapi berapa sihat otot dan kurang lemak dalam badan yang menentukan kita ni sihat ke tak.
Nak tahu lagi banyak maklumat tentang muscle & fat percentage dalam badan?
— > KLIK SINI UNTUK MEMBACA TENTANG PERATUSAN LEMAK DALAM BADAN <–
klik play kalau nak tengok video youtube tentang diet untuk beginner
Nak belajar tentang diet lain yang biasa diamalkan di Malaysia boleh klik di bawah
KETO DIET
.
DIET SUKU SUKU SEPARUH
.
INTERMITTEN FASTING (IF)
.
DETOX DIET
.
DIET ATKINS
Semoga post ini dapat membantu Sis semua berjaya turunkan berat badan. Bye..