Exercise HIIT (High Intensity Interval Training)

Dalam siri 4 yang lepas, kita ada bagitahu macam mana nak dapatkan result yang sama tapi dengan lakukan dalam masa yang mungkin separuh semasa bersenam. Cara ini biasanya dipanggil sebagai High-Intensity Interval Training (HIIT)

Exercise hiit image
Regangan otot sebelum bersenam adalah penting keselamatan diri

EXERCISE HIIT

Exercise HIIT yang dilakukan adalah untuk membakar lebih banyak lemak daripada kita bersenam dalam keadaan biasa dengan kita memaksa badan kita untuk bekerja lebih kuat.

.

Semasa berlari kita akan berlari lebih laju selama 30 saat dan berlari perlahan selama 1 minit untuk bagi badan kita “recover” dan ulang balik selama 20 minit. Selepas itu anda akan rasa badan anda akan lagi banyak berpeluh berbanding berlari biasa.

.

Cara exercise HIIT ini sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk exercise. Sebelum mulakan senaman HIIT pastikan anda telah memanaskan badan terlebih dahulu dengan berlari biasa untuk beberapa minit, melompat jumping jacks atau lain- lain supaya badan anda tidak terkejut.

.

Bila anda bila kita sudah biasa dengan cara exercise HIIT barulah kita boleh cuba tambahkan lari senaman HIIT dengan 1 minit HIIT dan 1 minit “recover” time.

.

Jadi kita tak perlu risau untuk dapatkan result yang lebih dengan bersenam lagi lama pada masa yang sama dapat menjadikan badan lebih “fit” dan hati yang sihat.

.

Tapi kena ingat jangan paksa diri di luar kemampuan sebab boleh menyebabkan kecederaan, kita nak sihat bukan nak sakit ye.

.

Secara umum kita digalakkan untuk bersenam antara 3 hingga 5 kali seminggu. Orang biasa 3 kali cukuplah kot, kecuali ahli sukan perlukan stamina yang banyak boleh buat 5 kali seminggu.

.

Kena ingat badan pun perlukan rehat selepas bersenam supaya boleh “recover” balik otot kita.

.

Selepas kita dah lakukan bersenam seperti berjogging maka kita kena juga lakukan senaman untuk menguatkan body muscle. Bleh ke posting seterusnya di link di bawah untuk baca tentang

.

Senaman untuk bina body mass yang sihat

Selamat beramal, bye

video untuk exercise hiit yang boleh try klik sini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Related articles

MAMA CANTEK

Blogger, Content Creator

Empowering woman with the right knowledge and skill for a better life

Recommended
Sponsored contents