Exercise untuk beginner

Exercise untuk beginnner , sebelum kita nak bermula untuk menurunkan lemak dan menguatkan otot dalam badan, mestilah kita nak kena faham senaman yang mana untuk bakar lemak dan yang mana untuk menguatkan otot kan.

Exercise untuk beginner ni ada banyak cara kalau nak buat bergantung kepada cita rasa orang nak exercise lah, tapi dalam siri ni kita hanya fokus pada 2 jenis senaman iaitu senaman aerobik (Aerobic exercise) dan senaman rintangan ( Resistance exercise ) .

Exercise aerobic image
Senaman aerobik yang biasa dilakukan rakyat Malaysia

Exercise untuk beginner – Senaman Aerobik

Senaman aerobik ni adalah senaman yang melakukan sesuatu yang berulang-ulang untuk menguatkan jantung dan paru- paru. Dekat malaysia aerobik biasalah buat kalau ada aktiviti hari keluarga, gotong royong dan lain -lain di mana kita memanaskan badan dan meregangkan urat supaya tak cramp bila dah start buat kerja nanti.

Berjalan, berlari, berenang dan berbasikal juga termasuk dalam kategori senaman aerobik.

.

.

Exercise Resistance image
Senaman atau aktiviti yang biasa dilakukan di gym

Exercise untuk beginner – Senaman Resistance

Senaman rintangan pula tidak banyak melakukan pergerakan tetapi dia fokus kepada mengerakkan atau mengangkat barang dengan bertujuan untuk menguatkan otot. Senaman jenis biasa dilakukan di gym sebab nak kena ada peralatan.

Senaman rintangan bukan sahaja dapat menguatkan otot dia juga dapat bakar lemak dan memperbaiki struktur badan.

Jadi nak buat yang mana satu ni? Jawapannya adalah …

BUAT DUA -DUA 🙂

Tahap keberkesanan senaman ni dapat turunkan peratusan lemak dalam badan bergantung kepada beberapa faktor

  • Jenis senaman yang dilakukan, berlari atau berbasikal?
  • Berapa anda exercise setiap kali bersenam? 10 minit, 30 minit, 1jam?
  • Berapa kali bersenam seminggu? 1 kali, 3kali ?

Lagi banyak pergerakan semasa bersenam adalah lagi bagus. Contohnya antara berjogging atau naik mesin berbasikal dalam rumah yang mana lagi berkesan?

Mestilah berjogging lagi bagus sebab dia menggunakan seluruh bahagian badan semasa berlari manakala mesin berbasikal kita hanya duduk dan hanya kaki yang melakukan pergerakan.

Kalau jogging dengan berenang? Mestilah berenang sebab nak berenang kita kena pakai tangan dengan kaki sekali. huhu..

Lagi lama masa kita setiap kali bersenam lagi banyak lemak dapat dibakar untuk dijadikan tenaga

Kalau sis rasa patut exercise 2 jam sehari tapi masa ada 1 jam je macam mana nak buat? Caranya nak dapat hasil yang sama exercise 1 jam result sama dengan exercise 2 jam adalah dengan double kan intensity bersenam.

Contoh biasa berlari perlahan, kali ni kita lari lagi laju 2 kali dari biasa. Result yang kita dapat akan hampir sama dengan 2 jam kita berlari betul tak?

Tapi untuk beginner jangan terlalu paksa diri nanti injured terus tak leh exercise ye.

OK, nanti sambung dekat next post.

Cara senaman yang hasilkan result yang lagi cepat

Bye

sumber lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Related articles

MAMA CANTEK

Blogger, Content Creator

Empowering woman with the right knowledge and skill for a better life

Recommended
Sponsored contents