Kena Tahan Wad – Apa barang yang perlu dia bawa

Dalam hidup ni atleast sekalilah samada ahli keluarga atau diri sendiri yang akan ada kena tahan dekat wad. Tak ada sesiapa yang nak kena tahan wad tapi apa kan daya mende nak jadi kan. Tapi nak kena tahan wad barang apa yang kita perlu bawak? Dekat sini ada senarai barang yang biasa di bawa jika kena tahan wad.

kena tahan wad nanti ambulan datang ambil dekat rumah

Jika anda di jemput ambulan ke Hospital, bawa barang² ini sahaja:

Jika anda di jemput ambulan ke Hospital, bawa barang² ini sahaja👇👇:

  1. MyKad. Kad bank tidak perlu.
    Kad bank bagi famili pegang sebab kalau hilang bahaya, orang boleh pakai guna no yang ada di kad walaupun tiada no pin guna online transaction.
  2. Wang tunai jumlah yang sedikit.
    Kot kot ada nak beli makanan dekat area hospital kan.
  3. Pergi pakai selipar. Senang nak pakai buat mandi nanti.
  4. Masa pergi pakai T-Shirt sahaja.
  5. Baju panas kain cotton.
  6. Satu persalinan baju discharge nanti. 2-3 set pakaian. Tidak perlu baju banyak-banyak. Nanti kena pakai pakaian pesakit hospital. Tidak akan dapat cuci atau jemur pakaian di wad.
  7. Alat mandian, sabun, berus gigi dan sebagainya
  8. Kain tuala.
  9. Kain pelikat dan sejadah bagi yang muslim.

Jangan pakai jam dan barang hiasan seperti rantai emas ketika kena tahan wad sebab kalau hilang sedih nanti.

  1. Telepon dengan charge.
  2. Earphone. Yang ni nak pakai untuk video call keluarga tak perlu cakap kuat kuat dalam wad

Seandainya anda meninggal dunia. Kemungkinan barangan selain perkara 1. 2. 10. dan 11 sahaja akan dikembalikan. Yang lain akan di ambil oleh Hospital untuk tindakannya, mungkin di bakar dan tidak di pulangkan.

  1. Bawalah beg baju yang kecil bukan beg travel.
  2. Bimbang kelewatan masuk ward di Hospital bawa makanan ringan seperti roti dan dua tiga botol air mineral sedia di dalam kotak untuk mudahkan dibuang.
  3. Bawa botol air, thermos, cawan dan sudu. Kalau kerap makan, bawa lah minuman 3 in 1 dan biskut² utk kunyah²
  4. Tulis atas kertas nama-nama pewaris yang lain, selain yang telah di rekodkan untuk diberi kepada Frontliner setelah masuk dalam ward. Untuk orang tua atau kanak-kanak, lekatkan sticker nama dan no telefon anak/waris, ibubapa pada beg mereka.
  5. Ubatan (current medications) yang diambil jika ada. Minyak angin, minyak sapu jika mahu, bawa. Segala supplemen yang tidak boleh ditinggalkan, bawalah. (sebarang penghantaran barangan selepas masuk wad hospital tidak dibenarkan) Gambar senarai ubatan, dos dan kekerapan.
  6. Pampers dan tisu basah bagi pesakit yang strok/tidak bermaya/tua. Gigi palsu orang tua bawa juga nanti tidak dapat makan. Jangan lupa bawa cermin mata/walker/tongkat jika perlu.

(Sila terangkan pada orang tua, tiada pelawat nanti dibenarkan, nanti dia merajuk pula korang tidak datang melawat.) Reload dan sambungkan internet secukupnya pada handphone orang tua anda. Sebaiknya ajarlah gunakan smartphone, cara whatsapp, videocall sejak awal-awal lagi.

  1. Seluar dalam pakai buang jika perlu. Tuala wanita jika perlu.
  2. Beberapa buku untuk dibaca jika boleh membaca untuk menghilangkan bosan. (Ramai pesakit bawa buku silang kata, crossword, sudoku dan buku bacaan agama)

Semoga selamat sihat dan kembali ke rumah dengan segera.
(Improved modified by Jessica William)

Sumber dari FB Food Lover – Sabah

Berminat nak tahu tentang cara untuk turunkan berat badan untuk beginner?

Klik sini : APA YANG ANDA KENA TAHU SEBELUM MULA KAN PROSES TURUNKAN BERAT BADAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Related articles

MAMA CANTEK

Blogger, Content Creator

Empowering woman with the right knowledge and skill for a better life

Recommended
Sponsored contents