Makan ubat cacing – Dah dewasa pon kena makan ??

Kenapa kena makan ubat cacing walaupun kita dah dewasa

Makan supplement & pakai skincare still nampak sama je tak berkesan rasa sakit. Meh baca sini👇🏻

PENTING NYA MAKAN UBAT CACING ‼️

Persoalan yg menjadi tanda tanya :

  • Kenapa saya mengambil apa-apa supplement / vitamin atau jamu tidak nampak kesan kepada saya?
  • Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh? Kemaluan saya berbau busuk , walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.
  • Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .
  • Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
  • Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.Dan banyak lagi simpton cacing banyak didalam tubuh badan manusia.

Dari sudut perbidanan kampung dipercayai setiap 15hb -21hb bulan Melayu biasanya cacing akan bertelur dan membiak-biak dalam usus manusia.Ini juga salah satu cara bagi menjadikan badan sentiasa sihat dan bertenaga dengan memastikan pengambilan ubat cacing setiap enam bulan sekali.

Bila Kena Makan Ubat Cacing ?

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.

Ramai kebanyakan orang bila saya bertanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing? Rata-rata memberitahu di ketika usia budak zaman sekolah dahulu.Bayangkan ..jika anda sudah berusia 40 tahun..pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan anda!!!!

Sekarang ini , bila kita mengambil ubat cacing , cacing takkan keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. Cacing-cacing akan hancur melalui najis. Jangan takut mengambil ubat cacing.Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja.

Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan – mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Tanda-tanda mempunyai masalah cacing dalam badan

  1. Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  2. Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  3. Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  4. Alahan terhadap makanan
  5. Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
  6. Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  7. Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  8. Tiada selera makan, pucat,
  9. Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  10. Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
  11. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  12. Hiperaktif* Sakit kepala
  13. Sensitif terhadap cahaya
  14. Gusi & hidung berdarah
  15. Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

APA YANG PERLU DILAKUKAN ?

“Deworming” (Pembasmian cacing)

  • Perlu dilakukan setiap enam bulan sekali untuk mengelakkan jangkitan cacing. Ubat cacing boleh didapati di farmasi.
  • Walaubagaimanapun, seseorang yang sudah dijangkiti perlu mengambil ubat ini mengikut preskripsi doktor.c. Minum air yang telah dimasak atau ditapis dengan sempurna.d. Pastikan system penapisan air kerap diselenggara.

Tingkatkan kebersihan diri dan persekitaran

  • Basuh tangan dengan sempurna (terutama di celah dan di bawah kuku) sebelum makan dan setiap kali masuk ke dalam rumah
  • Gunakan kasut/selipar semasa di luar rumah

Tingkatkan kebersihan semasa penyediaan dan pengambilan makanan

  • Masak unsur daging dan ikan dengan sempurna
  • Basuh sayur dan buah-buahan dengan sempurna
  • Minum air yang telah dimasak atau ditapis dengan sempurna
  • Pastikan system penapisan air kerap diselenggara

Utamakan aspek kebersihan dalam pemeliharaan haiwan

  • Haiwan peliharaan juga perlu menjalani “deworming”
  • Gunakan sarung tangan semasa membersihkan sisa tinjaan haiwan peliharaan
  • Basuh tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan
  • Elakkan daripada dijilat haiwan.

Antara ubat cacing yang boleh dapat di farmasi adalah brand Zettel.

image of ubat cacing
Ada jenis tablet dan cecair

Berapa Banyakkah Zentel Yang Harus Saya Makan Dan Berapa Hari Lamanya

– Jangkitan Cacing Gelang, Cacing Cambuk, Cacing Kait dan Cacing Kerawit:

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berusia dua tahun ke atas : makanlah satu botol 10 ml cecair Zentel (400mg) atau 2 tablet Zentel (400mg kesemuanya). Anda dikehendaki memakan ubat ini hanya sekali sahaja

Bagi kanak-kanak berumur 12-24 bulan : berikan separuh bahagian daripada dosis orang dewasa.

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.

Untuk kepastian lebih lanjut kena tanya pharmasist yang bertugas di farmasi anda beli ubat tersebut.

.

Ada rasa nak diet tapi tak tahu apa nak buat? Jom klik di link di bawah

5 Perkara kena tahu sebelum mula diet

Sumber

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Related articles

MAMA CANTEK

Blogger, Content Creator

Empowering woman with the right knowledge and skill for a better life

Recommended
Sponsored contents