Menabung itu adalah sesuatu yang wajib di lakukan oleh semua orang tak kira dari kanak-kanak hingga ke orang dewasa, kecuali anda adalah anak kepada dato owner Megah Holding macam dalam drama 😀
Jadi disini Mamacantek ada sediakan 10 asas yang anda perlu tahu sebelum mulakan menabung
10 TIPS ASAS MENABUNG
1. KENA ADA NIAT UNTUK MENABUNG
Pasang niat saya ingin menabung mulai bulan ini dan kedepan.Mulakan dengan Niat dahulu kemudian bermula dengan sedikit dahulu macam RM100 minima sehingga 10% dari jumlah gaji bersih anda.
2. MENABUNG UNTUK INGIN BELI SESUATU
Pasang impian untuk beli sesuatu seperti rumah, maka tujuan kita jelas. Bila kita nak beli jubah Bola Amora baru kita akan ingat impian kita nak beli rumah.
3. DUIT BELANJA MESTI BERBAKI
Jika belanja kita sehari RM20, usahakan untuk ada baki RM3-5 sehari baru kita jadi seksi
4.TULIS DIBALANG TABUNG
Jika tabung itu untuk jalan jalan ke Sydney, tampal gambar kanggaro atau gambar sydney opera house. Baru semangat mengambara mengila
5. TABUNGAN TEMBUS PANDANG
Jika dapat balang kuih raya yang boleh nampak jumlah yang ada. Makin banyak duit masuk, makin semangat kita nak menabung. Jika balang tertutup kita kurang semangat sebab tak nampak duit meningkat. Lepas simpan sembunyikan ya
6. INGAT TUJUAN MENABUNG
Bila tangan dah gatal nak bukak Lazadada ingat tujuan tabungan kita nak panjat kanggaro nanti. Boleh upload dalam insta, baru bergaya dan riak gila :-p
7. HARUS BERSEMANGAT
Jangan negatif, “alah tabung hilang nanti”,”Sikit begini bila nak kaya”. Tabungan bukan untuk jadi kaya, tapi taknak kita derita.
8. SASARKAN JUMLAH UNTUK MENABUNG
Tulis sasaran tabungan kita nak berapa? Jika kita nak ada RM3000 tulis bagi jelas agar semangat kita juga membara. Kita hanya perlu simpan RM8.30 setiap hari, sebulan dapat RM250! Setahun dapat RM3000.
9. CATAT TABUNGAN DAN PERBELANJAAN
Ini penting memantau kemana duit kita hilang dan berapa simpanan kita bulan ini berjaya, baru semangat kita membara
10. IMIGINASI DUIT KURANG
bila nak beli sesuatu, imiginasi duit kita kurang. Bayangkan simpanan dah ada RM5000 bila beli camera baru dah jadi RM2900 sahaja! Kita dah jadi miskin semula, ramai gadis tak suka :-p
Biar rupa kita tak korea, tapi simpanan kita berganda ganda.
NAK BELAJAR CARA SUSUN KERJA SUPAYA TAK TERLUPA?? KLIK SINI
Nak tengok video pasal cara menabung? Klik sini