Menu Diet Atkins Fasa 1

menu diet atkins feature

Menu Diet Atkins Fasa 1 atau Fasa Induction β™‘

Ini adalah fasa yang paling PENTING dalam Diet Atkins.

Perkongsian ni juga kiranya dibuat untuk diri sendiri sbg rujukan dan boleh update dari masa ke masa serta sbg panduan kiranya Induction Day GAGAL. πŸ˜€

Fasa 1 Atkins adalah amat penting iaitu untuk membenarkan penyesuaian badan kita dengan cara diet ni. Dalam Diet Atkins ada 4 Fasa, Fasa 1, Fasa 2 , Fasa 3 dan Fasa 4.

Dalam Fasa 1 ni kita akan buat clean diet dalam 14 hari pertama iaitu makan makanan yang fresh bukan prosess food… proses food tu contohnya mayonis, cheese, perasa-perasa, daging burger, sosej dsb.

Selepas 14 hari, bolehlah kalau nak ambik prosses food tu tapi dalam had, xleh ambik byk sangat sebab kita masih dalam fasa 1 iaitu kita kena stay fasa ni sehingga dalam 10kg lagi nak capai berat idaman barulah boleh berpindah ke fasa 2 yang lebih fun dan kepelbagaian makanan boleh di ambil. Apa-apa pun fasa 1 ni kena bagi lepas dulu πŸ˜‰

Fasa 2 tu kita fikir nanti bila dah capai 10kg sebelum dapat berat dambaan hati πŸ‘­

MENU DIET ATKINS FASA 1 INDUCTION CLEAN DIET 2 MINGGU πŸ³πŸ—πŸ€πŸœ

1-TELUR AYAM @ ITIK (2-4 biji) 🐣

🐣 Rebus

🐣 Dadar

🐣 Poached (pecah telur dlm air mendidih)

🐣 Scramble (telur goreng hancur)

🐣 Sunny side up (telur mata kerbau)

🐣 Kukus

2-AYAM /IKAN (2-4 ketul) πŸ“πŸŸ

πŸ“ Goreng

🐟 Panggang

πŸ“ Kukus

🐟 Rebus

πŸ“ Grill

3-DAGING ( 1/2 – 1 pinggan) πŸπŸ„

🐐 Goreng

πŸ„ Panggang

🐐 Kukus

πŸ„ Rebus

🐐 Grill

4-Sayuran berdaun hijau (1-2 mangkuk) πŸŒ±πŸŒΏπŸ€πŸƒ

🌱 Sawi

🌿 Kangkung

πŸ€ Bayam hijau

πŸƒ Bak choy

🌱 Salad

5-Brokoli / bunga kobis / cendawan tiram / celery (100g sehari)

CONTOH JENIS MASAKAN YG SELAMAT

(Jenis2 perencah yg boleh digunakan)

1-GORENG / GRILL / PANGGANG / GOLEK πŸ—πŸ’πŸ‘πŸ³

Perapan;

– Kunyit

– Garam

– Lada hitam@lada putih

– Cili kering

– Cili api

2-SUP 🍜

Rencah:-

– Sup bunjut

– Garam

– Lada hitam

– Rempah kasar

– Udang kering

– Ikan bilis (original)

3-SAMBAL

Rencah:-

– bawang (dihiris shj)

– halia (dihiris)

– serai (diketuk)

– cili kering (original buat sendiri tanpa campuran bukannya cili boh)

– asam keping

– belacan

– garam

4-GULAI LEMAK CILI API

Rencah:-

– cili api

– bawang (dihiris) @ tak perlu bawang langsung

– santan fresh @ santan kotak jenama KARA

– serai (diketuk)

– daun kunyit (racik2 shj)

– garam

5-STIR FRY

Rencah;

-bwg (hiris)

-cili merah (hiris)

-cili api (boleh hiris @ tumbuk sbb boleh mkn dgn jayanya)

-ikan bilis

-belacan

-udang kering

6-KARI

Rencah:-

– Bawang (dihiris)

– Halia (dihiris)

– Serai (diketuk)

– Rempah kari alagappas

– Santan (fresh @ kotak jenis KARA)

– Asam keping

7-SAMBAL BELACAN

Bahan:-

– Cili api

– Belacan

– Asam keping @ asam jawa @ cuka

MENU SELAMAT LEVEL 10

(ni kalau mkn kat luar or xde menu pilihan…erti kata TERPAKSA mkn)

– Rendang

– Goreng berempah

– Masak kicap

– Masak merah

– Gulai kurma

Nota kaki: Ambil isinya shj… kuah jgn ambil dan tak perlu basuh kecuali iman tak berapa nak kuat. Yelah kan… org jenis iman tak kuat ni. Dia terasa jer sikit, lupa terus dietnya. Habis dikautnya kuah2 tu sampai ke kerak… Dah kena mula semula drpd awal Fasa 1 Fasa Induction πŸ˜₯

Ok… kalau tak nak pening2 kepala, mkn ni jelah. Habis cerita, makan 4-5x sehari pun takpe janji karbo jgn lebih 20grm. Apa yg penting jgn skip2 mkn, jgn nak berlapar dan jgn mkn 1 menu jer tiap2 hari sampai 2 minggu sbb risau nanti timbul rasa BOSAN dan diet ke laut jadinya. Tolong mkn betul2 dan sayur jgn tinggal πŸ˜‰

Air 1liter utk setiap 25kg berat badan sendiri. So tolong kira… cth berat 100kg bahagi dgn 25kg… dpt lah jumlah liter air yg perlu diminum iaitu 4liter sehari. Air kosong yer… Bukannya air berwarna atau air berperisa 🍷🍹🍸

Minum air kosong tak kira suhu bilik, suhu peti ais, ais, suam, panas. JANJI AIR KOSONG. Teh hijau boleh minum slps 2 minggu πŸƒ

Bertabahlah untuk 2 minggu pertama… semuanya utk diri sendiri dan bukan utk org lain… πŸ’ͺ

Semoga bermanfaat dan sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat πŸƒπŸ’ƒ

“Tiada kejayaan tanpa perjuangan… ANDA BUAT, ANDA DAPAT

sumber boleh baca disini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Related articles

MAMA CANTEK

Blogger, Content Creator

Empowering woman with the right knowledge and skill for a better life

Recommended
Sponsored contents