Nutrisi Untuk Kanak Kanak

nutrisi-untuk-kanak-kanak

Kanak kanak yang berusia dari umur 3 tahun biasanya sudah mula ke prasekolah dan pada masa tersebut mereka mula meneroka dunia untuk belajar dengan menyentuh dan merasa melalui mulut samada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak. Lagi banyak aktiviti yang dilakukan dalam tempoh tersebut lagi banyak mereka belajar.

Kanak – kanak pada umur berkenaan sangat cepat belajar sebab itu seeloknya pada umur berkenaan mereka didedahkan dengan perkara yang dapat membantu mereka daripada perkara yang tidak elok ditonton sebab mereka akan senang mengikut apa yang dilihat.

Sebab itu nutrisi memainkan peranan penting bagi pembesaran mereka untuk mental, fizikal sosial dan emosi.

Kanak – Kanak atau orang dewasa, dua – dua perlukan karbohidrat, lemak, dan protein dalam pemakanan harian tapi jumlah yang perlu diambil kira itu berbeza.

3 Jenis nutrisi untuk kanak – kanak untuk proses tumbesaran

  • meraka adalah kalsium,
  • zat besi dan
  • kandungan air dalam badan.

Kanak kanak yang aktif akan memerlukan lebih banyak kalori, protein, amino asid berbanding orang dewasa sebab mereka di dalam fasa pembelajaran dengan melakukan sesuatu yang baru setiap hari. Zat tersebut akan ditukarkan kedalam bentuk tenaga dan pembesaran tubuh badan.

Dietary Reference Intakes

Kanak – kanak juga mempunyai panduan pemakanan mereka yang dinamankan Dietary Reference Intakes (DRIs). Tapi DRIs ini hanyalah panduan yang dibuat untuk membantu ibu bapa memastikan anak mereka sihat.

Panduan itu adalah seperti berikut

  1. 1 hingga 3 tahun = minimum 13 gram protein setiap hari
  2. 4 hingga 8 tahun = minimum 19 gram protein setiap hari
  3. 9 hingga 13 tahun = minimum 34 gram protein setiap hari
  4. 13 tahun ke atas = 46 ( perempuan ) – 52 ( lelaki ) gram protein setiap hari

Karbohidrat untuk kanak – kanak diperlukan dalam 130 gram setiap hari

Jadi macam mana nak pastikan anak kita mendapat zat yang secukupnya setiap hari?

Jawapannya adalah ibu kena pastikan sebab kanak – kanak bergantung pada pada apa yang ibu masak setiap hari. 🙂 Ibu yang cantik akan sediakan bekal untuk suami dan anak – anak supaya mereka dapat makanan yang bersih dan merasai air tangan ibu kesayangan.

Untuk dapat maklumat lebih detail tentang DRI boleh semak di link di bawah

Dietary Reference Intaktes (DRI) dokument

Selamat membaca, bye

.

Anda ada rancang untuk mula diet tapi tidak tahu untuk mula dari mana? Klik di link di bawah

5 Perkara yang anda perlu tahu sebelum mulakan diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Related articles

MAMA CANTEK

Blogger, Content Creator

Empowering woman with the right knowledge and skill for a better life

Recommended
Sponsored contents